Graduasi SMK Agama Kuala Abang 2011

Seramai 104 orang pelajar tingkatan 5, 2011 akan menamatkan zaman persekolahan pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, Majlis Graduasi Kali ke-9 tahun 2011 telah diadakan pada 13 Oktober 2011, di Dewan al-Hikmah SMKAKA. Majlis yang berprestij ini dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Terengganu. Majlis penuh gemilang yang diadakan setiap tahun ini dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan tetamu-tetamu dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pelajabt Pelajaran Daerah.

Majlis Graduasi diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang cemerlang dan juga kepada pencapaian membanggakan pada SPM 2010. Antara penerima anugerah adalah:

1. Anugerah Ibnu Sina : Rusyazana bt Ruslan
2. Anugerah al-Khawarizmi : Ahmad Salman b Norman
3. Anugerah Ibnu Khaldun: Najihah bt Razak
4. Anugerah Khalid al-walid: Ahmad Salman b Norman
5. Anugerah As-Syafie: Wan Nurhadirah bt Wan Harun
6. Anugerah Umar Abdul Aziz: Ilya Syafeeqa bt Hanaffee
7. Anugerah Emas al-Mudir: UMAR HAKIMI BIN SULAIMAN

..dan pencapaian gred purata terbaik SPM 2010 ialah utk Panitia Bahasa Melayu (GP 0.7), Panitia B.Inggeris (3.07), Panitia Sains (GP 1.22), Panitia L.Kejuruteraan (GP 2.74), Panitia Matematik (GP 1.88) dan Panitia P.Perakaunan (GP 3.13).. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga majlis ini memberi motivasi untuk meneruskan kecemerlangan.

lagi galleria disini ..

This entry was posted in Berita Aktiviti and tagged , . Bookmark the permalink.