MISI
SMKA Kuala Abang akan memberi pendidikan yang seimbang kepada murid bagi melahirkan intelektual yang berakhlak mulia dan bertaqwa melalui pendidikan berkualiti dan pengurusan yang efisien berteraskan Al-Quran dan As-Sunah.
VISI
SMKAKA peneraju generasi unggul teknokrat Al-Quran
MATLAMAT
1. Kegemilangan akademik dan kokurikulum
2. Keunggulan sahsiah mahmudah dan berketrampilan mulia
3. Pengurusan dan pentadbiran efisien dan berkualiti
4. Hubungan komuniti yang mesra dan ikram
5. Persekitaran yang kondusif dan dini
6. Kemesraan dan kasih sayang
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang dibangunkan di atas tapak seluas 18.2 hektar di Kuala Abang, iaitu kira-kira 12 km dari bandar Dungun dan 68 km dari Kuala Terengganu. Pada awalnya sekolah ini dikenali sebagai sekolah bestari dan kemudiannya ditukar kepada SMK Agama Rantau Abang (KARA). Kemudiannya ditukar lagi kepada SMK Agama Kuala Abang atau pada hari ini lebih dikenali sebagai KAKA. Sekolah ini mula dibuka pada 1 Julai 1997 dengan pengambilan pertama pelajar seramai 523 orang dengan kelayakan 4A UPSR tahun 1996. Pendaftaran ambilan kedua dibuat pada 9 Ogos 1997 di mana seramai 172 orang telah dipilih. Pengambilan kedua pelajar tingkatan 1 dibuat pada awal tahun 1999 seramai 136 orang dengan kelayakan minima 4A 1B UPSR tahun 1998. Konsep sekolah ini berasaskan kepada kombinasi ciri-ciri Universiti, Maktab Tentera, Maktab rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (lama).
LOGO SEKOLAH
MB: Singkatan kepada Mulia Bestari bermaksud melahirkan insan yang berakhlak mulia dan mempunyai daya intelektual yg tinggi.
Simbol Al-Quran: Melambangkan insan yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Gelombang: Melambangkan kebolehan pelajar menyesuaikan diri seiring dengan perubahan semasa berpegang dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
Simbol MSC: Melambang insan yang mempunyai kemahiran sains dan teknologi selaras dengan Wawasan 2020.
Simbol Kapal Terbang: Melambangkan watak sekolah yang pada asalnya dipilih sebagai pusat aeroangkasa sekolah-sekolah Negeri Terengganu.
Warna Kuning, Hitam, Putih, dan Hijau: adalah warna Bendera Sekolah.
BENDERA SEKOLAH
Bendera Sekolah Menengah Kebangasaan Agama Kuala Abang bersaiz 130mm x 65mm. Bendera sekolah ini mempunyai 4 warna iaitu kuning, hitam, putih, dan hijau. Huraian bendera ialah:
Warna Kuning: Melambangkan lambang Diraja iaitu simbol kekuasaan dan kebebasan dan jiwa besar.
Warna Hitam: Melambangkan keteguhan iaitu tetap utuh walau apa jua halangan dan cabaran yang dihadapi.
Warna Hijau: Melambangkan agama ISLAM iaitu merujuk kenpada kesejagatan.
Warna Putih: Melambangkan kesucian iaitu merujuk kepada keiklasan dan kejernihan hati.
MOTTO
AL-IHSAN HATI BESTARI
PIAGAM PELANGAN
Kami warga smka kuala abang akan mengamalkan perkhidmatan cemerlang dan mesra kepada pelanggan kami dengan cara
- Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar
- Memberi layanan yang segera kepada semua pelanggan
- Memberi maklumat yang diperlukan dengan segera kepada ‘stakeholder’ kami
- Mengekalkan hubungan yang baik dengan semua agensi, komuniti dan semua pelanggan
6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
1. Prasekolah
2. Literasi & numerirasi (linus)
3. Sekolah berprestasi tinggi
4. Tawaran baru kepada pemimpin sekolah
5. 100% peningkatan ke aliran teknik dan vokasional
6. Semua sekolah mendapat kemudahan bekalan elektrik 24 jam
LAGU SEKOLAH
SMKA KUALA ABANG
MARI BERSAMA BERBANGGA
DI SINI TEMPAT MENIMBA ILMU
TANPA RASA PENAT JEMU
AL IKHSAN HATI BESTARI
ITU MOTO SEKOLAH KAMI
BERBUDI BAHASA DAN BERDIKARI
LAHIRKAN INSAN TERPUJI
MARI KITA SEMUA
MAJUKAN SEGALA
MENJADI ORANG BERGUNA
TAAT JUGA SETIA
KEPADA NEGARA
ITU TANGGUNGJAWAB KITA
KEPADA MAHA ESA
DIPOHONKAN DOA
PELIHARA SEKOLAH KITA
TEGUH SELAMANYA
SENARAI NAMA PENGETUA
|
Bil |
Nama |
Mulai |
Hingga |
|
1 |
Tuan Haji Mohamad @ Abd Aziz bin Muda |
16.07.1997 |
31.01.1998 |
|
2 |
Tuan haji Rohmat bin Jusoh |
01.02.1998 |
13.07.2000 |
|
3 |
Tuan Haji Deraman bin Abdullah (PBB) |
18.07.2000 |
22.12.2004 |
|
4 |
Tuan Haji Chik bin Mamat |
01.03.2005 |
16.12.2005 |
|
5 |
Puan Hajjah Maimunah binti A. Rahman |
16.12.2005 |
29.03.2009 |
|
6 |
En. Awi b. Salleh |
30.03.2009 |
19.11.2009 |
|
7 |
En. Salleh b. Ab. Bakar |
25.01.2010 |
Sekarang |

Add to Google